Apr 30, 2011

Okey..aku sebenarnya..

Aku pun takde tau apa yang aku tahu sekarang .. aku tak mau ambil tahu apa apa sebab aku pun tak tahu apa yang perlu aku tahu..apa yang aku kena tahu pasal diri aku ini adalah bukan benda yang awak semua perlu tahu..jangan banyak cakap sangat anis sebeb awak pun tak tahu apa yang awak perlu tahu..


Tahu tak apa..
makin hari aku rasakan aku ni macam mesin yang sedang diperah otaknya untuk belajar and belajar tanpa berhenti..kadangkala aku menjadi gila yang sebenarnya..aku tahu aku manusia tapi aku tak tahu pun yang aku ini lemah..aku tak sedar diri dan aku memang ....
hari isnin tu aku demam..duduk rumah dan bermuhasabah..macam inilah yang aku cakap..kenapa aku malas..tiada istilah pandai atau tidak..point nya ialah kenapa aku malas..kadang aku benci juga jadi pkt..tapi .. aku yang menjatuhkan maruahku sendiri..kadang aku tidak ambil tahu..tapi sebenarnya diorang yang ambil tahu..

Aku memang suka belajar..tapi entah mengapa aku menjadi malas..aku mahu diorang pandang aku..aku budak paling pandai dalam kelas..apa jadi sekarang..sedarlah engkau tu anis..engkau tu terok..bangunla balik..jangan asyik duduk melenggang sambil melayan benda2 yang tak sepatutynya..ahhh..apa yang aku merepek-repek ni!!!
inlaa sebabnya aku makin liat nak posting memosting dekat blog ini..InsyaAllah aku akan jumpa korang di lain warkah okey..

Meh aku nak cerita tentang apa yang dah terjadi padaku selama ni..semalam royal wedding..pastu hari isnin tu aku demam..pastu aku pernah kena dimerit sbb tak siap hw seni..owh..banyak sangat sampai aku pun tak boleh ingat..okeylah..tak apalah..bye2..(:



 Who love you hah?

Apr 11, 2011

Sekali lagi !!!

Pelik..benci..rimas..risau..ohh sebagainya..!!
Tolong..tolong..what happen to me till I become crazy like this..!!


Hmm..apa lagi yang dibebelkan anis nih!! Sudahlaa tiada salam..melalut tak keharuan pula..alahai..sungguh kepeningan..


Begini ceritanya..anis tak tahulaa sejak bila perangai suka mengata orang ni sebati dengan jiwa anis..terlalu pening dan kegusaran dan kebimbangan sekiranya orang asyik berdendam dengan anis sahaja..iyalaa..terutamanya apabila latihan cs dijalankan..ada ada saja kerenah budak lelaki sehingga anis tersebut perkataan 'bodoh' dekat seorang dia nih..secara tiba-tiba..automatik sahaja dan tanpa amaran pula..tolonglah..malu sangat nih..tension sangat nih..tolong anis!!

Malu pula sekiranya hendak meminta maaf pun..apa kata orang..sudahlah budak SMKA..nak bercakap dengan lelaki pun mesti berjarak satu kilometer..*erk..peraturan rekaan sendiri..sorry acap!!
Pening..peluh mencurah-curah..huhu..malu..malu..siapa berani nak tanggung malu anis ni!!!


Tutup topik malu..bukak topik baru..anis baru sahaja pergi bazaar buku di dewan millenium sabtu lepas..sungguh bess..50% diskaun tauu..siapa tak mau..dan dan .. anis sempat beli novel di sana..sebab anis ni kaki novel..karya Ain Maisarah pula tu..gembiranya..!!


Baiklah..kita jumpa lagi di lain muka surat diary anis..salam sayang~O,o~ 

Apr 9, 2011

7 April dan 8 April

Assalammualaikum..
Haha..lama tak jumpa..e.ehh..jumpa pulak..senang citer lama tak post dekat blog anis yang semestinya comel ini..hmm..anis pergi mana?

Awak semua masih ingat tak lagi post bulan lalu?Mengenai penganugerahan Anak Cemerlang yang akan disempurnakan...
tak laratlah anis nak ulang-ulang..and Alhamdulillah..7/4 merupakan hari yang anis rasa sangat special..anis gembira sangat hari itu..nanti anis upload gambarnye ok?

Apa pula kena mengenanya dengan tajuk kita..7 April dan 8 April?
Okay..7 April adalah hari yang sangat indah dan paling best dalam tahun 2011 ni *maybe..
manakala..8 April..hmm..hari yang buat anis sedih..
ANIS DAPAT RESULT EKCEMM..!!

Ehem..exam.So..anis dapat no 5+4-1x2-2=???
Hmm..kiralah sendiri..anis sedih sangat sebab result macam tu..so..
this is my target and my MOTTO..

Kegagalan sekali bukanlah gagal selamanya!!!
Aku janji akan buat yang terbaik dalam PPT nanti!!!
Aku nak 9A+ dan nak dapat no satttuuu dalam kelas..!!!
Ingat ye wahai *****,******,******,**** dan semua orang!!! O,o
Aku AKAN BUKTIKANNN!!!!!!!!!
INSYaALLAH !! :)

Okey..haha..semangat sungguh..
okey..apa lagi ye anis nak citer..
Hmm..izinkan anis cerita skit dengan hadiah yang anis dapat..
mula-mula dapat cenderahati berupa mug dan tuala jenama JANOME..mug tu dia tulis KDSM..Koperasi Dagang Seni Malaysia..
Kemudian..masuk je dalam dewan..first sekali detik detik yang paling best..anis jumpa 
Puan Fully Chye..*betul ke ejaan tu..
Beliau ucap tahniah dan bagi kata-kata semangat..
lepas tu beliau bagi bunga setiap seorang..kami dapat bunga matahari..
bukan tiruan tau..BUNGA BETUL..HIDUP!!
cantik sangat..untuk anugerah anak cemerlang ni ada 5 orang saja yang terima hadiahnya..UPSR and PMR sahaja..lagi lima adalah orang dewasa yang berniaga barang jahitan top sale dan sebagainya..semuanya pakai lawa lawa belaka..maklumlah nak cium tangan isteri sultan..
haha..best sangat..kenapa diorang bagi bunga matahari..sebab tema dia..
"Semangat si bunga Matahari,Perjuangan belum Selesai"

Lepas itu,masa terima anugerah itu anis dapat piala yang cantik dan berkilau kilauan serta cek yang bernilai 500 ringgit..wahh..lepas tu berlagak macam artis cameraman berebutlaa ambil gambar kita..bessnya..
OK OK..bes tak bes ingat periksa sama ya Cik Nis..
maaf anis kena undur dulu..nak study..haha :)